Separuh nyawaku hilang

Separuh nyawa aku dah habis. Jerman dah kalah.

Aku menghadap tv dengan penuh keterujaan bersekali kerisauan. Jerman bermain agak goyah. Hujung tombak mereka terus tumpul. Hanya barisan pertahanan yang kelihatan bersungguh-sungguh. Yang lain-lain bermain bagaikan mereka telah dirasuah untuk kalah – bermain ala kadar saja.

Ketiadaan Thomas Mueller benar-benar melumpuhkan jentera serangan. Mesut Ozil seolah-olah tidak semenggah untuk bermain sepanjang perlawanan. Jelas, dia keletihan. Kerana apa aku tidak tahu.

Teknik counter attack yang menjadi trademark mereka juga tidak menjadi untuk merempuh benteng Puyol dan rakan-rakan. Malahan, trademark itu dicuri pihak Sepanyol untuk menghuru harakan barisan belakang Jerman.

Cis Puyol, cis Paul si sotong kurita tak guna.

Panzer 4.0

Bukan 1, bukan 2, 3 pun bukan, tapi 4. EMPAT!!

Semenjak kempen piala dunia bermula lagi, German adalah pasukan pilihan aku. Ramai pihak beranggapan kem German tidak boleh pergi jauh dengan rata-rata pemain mereka yang muda dan kecil pengalaman. Tapi salah satu faktor itulah yang aku suka. Muda tapi menyengat. Ditambah dengan corak permainan yang menarik, laju dan terbuka. Sesiapa yang mengikuti Bundes Liga pasti tahu.

Apabila diberitakan  German akan bertemu Argentina dalam suku akhir, aku mula risau. Mereka cemerlang pada barisan tengah dan hadapan tetapi agak ampuh di sudut pertahanan. Mungkin faktor usia yang menyumbang di sini.

Tetapi, malam ini pertahanan German mantab. Aku terkejut. Seolah-olah perubahan total berlaku. Setiap gerakan dan taktikal pemain Argentina berjaya disekat sehinggakan Messi, Teves dan De Maria terpaksa menembak bola dari luar lapangan penalti.

Syabas pertahanan German. Syabas Panzer. Syabas!

Air Mata Jepun

Aku dah agak, selagi Kapten Tsubasa tak dimasukkan, Jepun tak boleh menang.

Mereka perlukan drive Shoot, Flying Drive Shoot dan Phoenix Drive Shoot untuk menang.

.

.

.

Apa sekalipun, aku terharu melihat reaksi pemain dan penyokong Jepun sebaik kalah.

Cis, air mataku menggaru-garu nak keluar.

Aku Anak Muda

2008

Kebangkitan kuasa anak muda telah meledakkan momentum baharu dalam arena pilihan raya sekaligus menghancur luluhkan dominasi Barisan Nasional dalam daerah politik seantero Malaya.

.

.

.

2010

Ketangkasan, ketenangan dan kehebatan anak muda Jerman telah memijak-mijak harapan pasukan orang tua England dalam Gelanggang Piala Dunia di Afrika Selatan.

Ya. Anak muda.

Titik.

Itali dan Slovekia – angkat ibu jari.

Perlawanan tadi, Itali bertemu Slovekia, merupakan acara sepak bola terhebat yang aku pernah saksikan.

Perlawanan tadi, bagi aku, ada segala-galanya. Kesungguhan, keajaiban, debaran, konflik, twist, emosi dan ketidakdugaan berhimpun dalam sembilan puluh minit yang mengasyikkan.

Cukup rencah.

Aku berdebar-debar menanti tiupan wisel penamat. Sehinggakan satu badanku berpeluh-peluh. Ya, berpeluh-peluh.