Advencer Apokalipse – 3

Di dalam sebuah menara di tengah-tengah bandar yang porak-poranda, kelihatan satu susuk sedang berdiri dengan menghadap beranda yang berbentuk hemisfera. Bayang tubuhnya yang panjang menampilkan kemisterian dirinya.

Kedua belah tangannya disilangkan ke belakang. Dia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu yang serius.

Simbahan cahaya bulan purnama yang tertimpa ke mukanya masih tidak dapat menyembunyikan bahasa kegelapan yang tertulis di wajahnya. Ditambah pula tiga jalur parut di dahinya yang seakan-akan menyala-nyala.

Dialah Petaka Ulung, laki-laki yang menjadi ‘pengarah’ kepada projek menghancurkan dunia abad 21. Disebabkan hasil kerja keji dialah, hampir seluruh belahan dunia dilanda kemusnahan dan kehancuran yang menimpa-nimpa. Disebabkan dialah, umat manusia hilang arah. Disebabkan dialah,nuansa alam bertukar menjadi kedukaan yang melampau.

Dialah Petaka Ulung, laki-laki yang gelap gulita hatinya.

Avencer Apokalipse – 2

Aku memalingkan tubuh ke belakang. Seorang lelaki berkaca mata hitam, berbaju vintage tertulis Iron Maiden di atasnya, bercelana sendat ala rocker dan berkasut Converse USA sedang berdiri dengan gaya moonwalk Jacko. Dia ialah jiran sebelah rumahku – yang kerja hari-harinya hanyalah menyiram pokok bunga sambil menyanyikan lagu “Happy Birthday”

“Apa yang kamu buat di sini?” soalnya dengan riak wajah yang serius namun masih tidak mampu menyembunyikan latar wajahnya yang kelakar.

“Apa yang dah terjadi? Ke mana semua orang? dan apa pula yang pakcik buat kat sini?” bertubi-tubu aku menyoalnya dan bertubi-tubi juga air liurku singgah ke mukanya.

“Pak cik? Tolong sikit ee. Aku ni abang tau. Abang!” hanya itulah jawapan yang terbit dari mulutnya.

Aku beranggapan masaku hanya terbuang jika melayan si tua ini. Makanya, dengan biadapnya aku  memalingkan wajah dan menapak dari situ.

“Eh, eh, kamu nak kemana tu? Nantilah dulu. Kita lepak-lepak dulu. Jom open table.”

“Ah. Saya takde masa nak layan pakcik..eh, abang. Saya sibuk.” Jawabku penuh diplomasi dan toleransi.

“Baiklah. Akan kuceritakan segalanya kepada kamu. Dengarlah…”

Aku menatap penuh wajahnya yang langsung tidak bernur itu dan memasang telinga untuk mendengar ceritanya.

“Ini semua adalah ramalan…ramalan!” tiba-tiba sahaja dia menjerit kuat.

“Ramalan apa?”

“Ramalan Apokalipse!” jeritannya semakin kuat. Serasa hati, aku mahu lempang dia kuat-kuat sampai bisu namun kutahankan perasaan itu dalam-dalam.

Dia kembali menyambung cerita.

“Segalanya bermula 553 tahun dahulu di Tanah Pangan. Tempat itu didiami dan dikuasi oleh satu kaum yang dipanggil Kaum Pangan. Mereka berbahasa dengan Bahasa Pangan serta berbudaya dengan Budaya Pangan.”

“Berapa banyak Pangan daa…” sengaja aku berseloroh untuk memeriahkan suasana.

Kelihatan dia tidak terkesan dengan lawak spontanku itu. Langsung tidak humorist.

“Pada tahun ke-33 kalendar Pangan, satu peristiwa yang besar telah berlaku. ketika itu suasana alam sama seperti hari ini. Langit gelap gelita. Awan dan mentari tidak kelihatan. Angin terdiam dari bertiup.”

“Persitiwa apa?” Aku menyoal penuh minat.

“Peristiwa…kita sambung pada masa akan datang.”

“Cis!”

Bersambung

Advencer Apokalipse – 1

Angkasa pagi ini hitam pekat. Matahari tidak kelihatan. Awan juga begitu. Angin langsung tidak bertiup. Suasana menjadi senyap sunyi sesenyap bilik Glen apabila ipodnya kehabisan bateri.

Apakolipse apakah yang telah melanda dunia pagi ini? Ataukah peperangan armageddon telah bermula? Atau apakah alam telah memboikot manusia dengan berdiam diri dari tugas masing-masing?

Aku menggaru-garu kepala yang sedikit gatal. Beberapa ekor kutu bertindak melarikan diri apabila tangan gergasiku – pada pandangan mereka – menyelak-nyelak sela rambutku.

“Gerangan apa yang terjadi ini?” Aku menyoal diriku sendiri walaupun aku tahu aku tak punya jawapannya. Sekadar mahu menimbulkan lagi suasana saspen.

Aku jadi kaget dan takut tiba-tiba. Tidak kelihatan seorang pun di luar rumahku. Jiran sebelah – yang aku tak tahu namanya – tidak kelihatan menyiram pokok kaktusnya sambil menyanyikan lagu “Happy Birthday” seperti biasa. Si penjual DVD haram – yang saban paginya menjaja DVDnya – juga tidak kelihatan.

Aku segera kembali ke dalam rumah.

Aku menjerit-jerit memanggil Glen. Tiada jawapan. Ke mana pula dia pergi? Biasaya dialah yang paling akhir bangkit dari tidur. Kali ini lain pula.

Aku mencapai handphoneku dan cuba untuk menelefon Glen.

“Ah sudah. Line pula takde!”

Aku mencapai jersey Arsenal pada ampaian dan mengenakannya pada tubuh. Aku mengambil keputusan untuk keluar dan mencari jawapan kepada permasalahan yang terjadi pagi ini.

Sebaik memamakai sepatu, aku segera berlari untuk mencari manusia yang masih ada.

Baru dua tiga langkah larianku, tiba-tiba bahuku ditepuk dari belakang.