Saya dilanda kegersangan. Tanpa cinta, air mata tak bermakna. Seribu kali tumpah sekali pun, akan senantiasa ia menjadi sia-sia kerana pasak utamanya dihumban jauh dari lubuk hati.
Pokoknya Cinta
Pokoknya Cinta
habis, mana benihnya?
Pokoknya Cinta
benihnya kita!
Ada kita,
ada Cinta!
Ada Cinta,
Ada bahagia!
Bersih Dua Titik Kosong
Baju telah menjalarkan kegentaran. Puisi telah mempalitkan kebimbangan. Himpunan telah menularkan ketakutan.
Itu semua buat mereka yang suka lihat demokrasi tercemar. Bagi kita yang dahagakan demokrasi bersih, baju adalah semangat, puisi adalah senjata dan himpunan adalah muafakat!
Kudrat Dan Bakat
Saya lupa, walaupun saya tiada bakat, saya masih ada kudrat. Kudrat tidak akan pernah mampu menandingi bakat namun kudrat akan selalu mampu mengasah bakat. Selalu!
Naik Harga
Terima kasih TNB kerana keluarkan Panduan Penjimatan Elektrik. Terima kasih juga kepada kerajaan kerana tidak mencari populariti.
Kata-kata Mereka Yang Bijak
Saya terpukul dengan kata-kata seorang pemikir: “Universiti kita, hakikatnya, terlebih rancak mengeluarkan tenaga mahir (produk akhir mereka ialah kuli) dan teramat kurang dalam usaha memproduksikan golongan intelektual. Akibatnya, mahasiswa menjadi bodoh, orang sekeliling mereka juga bodoh serta seluruh isi negara turut bodoh.”
Kalau Bodoh, Sila Tanya…
Ada orang tu cakap: “Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak biasiswa hanya untuk Melayu dan Bumiputra.”
Bukan sekali, bukan dua kali tapi dah berkali-kali Perlembagaan Persekutuan dipinda. Kalau bodoh, sila tanya Dr. Mahathir.